Column

Thursday, January 27, 2011

Seramnya KHURAFAT!!!

Semalam aku, Mr. G, abang dan kakak aku pergi tengok Khurafat.  Dari sehari ke sehari nak tengok tapi masih je tak berpeluang.  Ada je halangan.  Bila dapat peluang semalam, terus pergi tengok kat TGV Cinema, KLCC (favourite aku untuk tengok movie).  Dah la jalan jem nak menuju ke KLCC tu.  Aku dengan Mr. G belanja tengok wayang, abang belanja makan popcorn kat wayang dan lepas habis movie.

Masuk je dalam panggung, dah mula rasa seram.  Maybe sebab aku ni penakut kot..kekeke....Dapat seat area depan (G16-G19) but it's ok la.  Janji tengok kan.  Sepanjang tengok Khurafat tu memang aku khusyuk giler sampai tak terfikir pun nak makan porpcorn dan minum air.  Bab-bab suspen cerita ni memang boleh diberi 5 bintang la.  Ni antara filem Melayu terbaik yang aku pernah tengok sebab bukan je ada unsur-unsur mistik (percaya pada alam yang lain) tapi juga ada unsur-unsur mendidik.  Walau pun aku asyik terkejut je, dah tu makin lama makin menggelongsor ke bawah (takut punya pasal!) tapi perasaan nak tengok sampai habis tu buat aku nekad tengok jugak sampai ke penghujung cerita.


Seram habis!!

Nak cerita pasal takut ni, memanglah semua orang takut tapi ada ke patut orang yang takut sampai mencederakan insan tersayang.  Suspen tak ayat aku ni??? Ha, bukan cobaan tau, ni betul-betul.  Alkisahnya semalam, ada sorang kakak ni dok sebelah aku.  Sebelah dia laki dia la kot. Kakak ni punya takut sampai genggam tangan husband dia kuat-kuat.  Tetiba aku dengar abang tu marah, "Isy, saya lempang awak kang baru tau, sampai luka tangan saya awak pegang!".  Dalam samar-samar tu aku tengok memang belakang tangan abang tu calar-calar. Luka.  Dahsyat betul kakak tu sampai macam tu sekali dia buat kat husband dia.


Teraju utama: Liyana Jasmay, Syamsul Yusof, Sabrina Ali
Credit pic: runwitme

Kesan terhebat pada aku adalah apabila aku sangat-sangat takut untuk drive balik ke rumah mak aku kat Hulu Langat malam semalam.  Huhuhu...Sangat ngeri!!

Sekarang ni pulak tengah tengok cerita seram kat TV3, Saka Jentayu...isy..makin penakut la aku jawabnya... Tengok sorang-sorang pulak tu.


No comments: