Column

Tuesday, March 8, 2011

Alkisah Jumaat: Jalan-jalan ke Kopitiam

Tengah hari Jumaat lepas, aku jenjalan dengan officemate aku.  Biasalah kan, lunch hour Jumaat kan lama.  Jumaat a.k.a hari kaum hawa. Tak gitu?? Ye lah kan kaum adam yang muslim pergi solat Jumaat.  Kami yang pompuan ni apa lagi, berjimba-jimba la.  Hari ni arah tujuan nak ke Mydin Kajang.  Kononnya nak cari eye applicator.  Nak beli sepeket yang ada 5-6 pasang tu tapi sayangnya tak ada pulak.  Dah kecewa dah kat situ.  Sabar lagi.  Untuk rawat kekecewaan itu, aku pun beli powder sponge. (fuhh, ayat macam buat novel pulak...ahaksss)  Kengkawan aku beli memacam jugaklah.  Yelah kan, nama pun pergi shopping, berjimba-jimba..

Selesai di Mydin, masuk pulak ke Metro Point.  Kononnya nak beli kasut.  Maklumlah dah lama aku tak shopping-menyopping ni (ada ke ayat ni?? Ada nok! Dalam dic shilazizi ler..LOL) Sekali masuk dalam je terus tercengang-cengang.  Tahu sebab apa?  Sebab....

Aku tak nampak 1 pun kedai kasut kat situ!! Pelik tak? Punya besar shopping mall tapi 1 kedai kasut pun tak ada. Naik 1st floor sebab kengkawan aku nak berjimba-jimba kan.  Nampaklah 1 kedai baju ni.  Luckily dia ada jual kasut tapi slack pulak sebab design kasut dia aku tak berkenan. Tak lawa! (Only my opinion ok..). Tak jadi beli.  Terus berjalan naik tingkat atas sekali.  Lupa dah tingkat berapa yang atas sekali.  Masuk kat kedai yang ala-ala Hot Market gitu. Tak ingat pulak nama kedai tu. (Mak sangat terpelupa hari ni nyah...jangan marah ye) Aku memang tak boleh tengok barang-barang dalam kedai macam tu, mulalah mereka nak beli itu, beli ini tapi sebab nekad yang kuat untuk window shopping je, aku tak adalah nak beli apa-apa pun.  Masuk kedai ala-ala vantage pun macam tu. Aku cuma amik gambo je satu benda ni je sebab aku rasa cantik..(aku rasa..aku ulang, aku yang rasa cantik bukan korang...) 


Klasik tak bunga telur ni??

Syukur, aku berjaya atasi keborosanku untuk sementara waktu itu. Hehe..

Dah habis kengkawan mek memborong, kitorang masuk Old Town for lunch.  Part yang paling best, officer aku belanja..yahoooO!!!!

Dengan my CC

Inilah tokei besar...(tq puan purple)
Sebelah tu big mama...LOL

candid!!

Mee kari yang memang super sedap

Tak ingat aku nama menu ni..

Laksa super sedap

mee jawa..
Aku makan sampai tinggal limau dengan pinggan je...caye tak?