Column

Thursday, March 24, 2011

Motif??? Tak paham...

Ni 1st time aku pergi seminar yang aku sendiri tak tau untuk apa.  Main redah je.  Dah naik nama aku kan, gila ko aku tak pergi.  Tak pasal je aku kena buat memo tunjuk sebab kang.  Dah la aku n the gang antara yang paling awal sampai kat Menara Usahawan, Putrajaya (tempat seminar tu ler). 

Haruslah jadi specky sebab dok kat meja belakang...


Boy's team yang seangkatan dengan aku..

Kitorang je dah memenuhkan 1 meja bulat.  Mula-mula tu lepas register je aku tengok backdrop ni rasa macam tau la seminar pasal apa. 


Korang rasa pasal apa?  1st impression aku, seminar ni pasal pembangunan personaliti seorang pekerja.  Personaliti aku tak cukup menarik ke atau dah kurang menarik?? Ntah la.  Tak tau la aku.


Aturcara program...simple jer...

Start je seminar terus aku blurr...se'blur'2 nya...sorang-sorang dipelawa untuk share experience... Yang jadi mc dan principal seminar tu Nizal Mohammad. Bekas pengacara TV3 tu..


Lepas habis je sesi cakap-cakap & sharing-sharing tu, kitorang main game ni..Dah macam dalam TV Show: Catur Bestari yang kat TV1 tu..

Nilah dia barang-barang time game...

Lupa nak bagitau yang seminar ni organised by School Of Life...

Penganjurnya

Sampai la pukul 2 kitorang main game yang aku rasa langsung tak ada kaitan dengan personality development sebagai seorang pekerja.  Game tu lebih kepada cara menguruskan kewangan kita je.

Kesimpulannya, aku tak rasa apa-apa pun yang aku dapat sepanjang seminar tu melainkan kata-kata best macam ni jer...


Apa tanda manusia jati
Bekerja keras di mana pun jadi;
Apa tanda manusia bertuah
Bekerja tidak bercabang lidah;
Apa tanda manusia beradat
Menghadapi kerja hatinya bulat;
Apa tanda manusia pilihan
Bekerja tekun di jalan tuhan;
Apa tanda manusia beradab
Dalam bekerja, bertanggungjawab;
Mencari ilmu buangkan jemu
Mencari tahu buangkan malu;
Isi perut selebar talam
Isi dada selebar alam;
Apabila kerja sudah menyalah
Aib terbuka malu terdedah.



2 comments:

Unknown said...

Free jekr dapat men kan... hahahaha.. x yah pk pasal keja... apa pun must be something yang tersembunyi yang shila sndiri x dapat cari apa motifnya... atau mungkin ianya x der kaitan langsung ngan apa pun yang dipikirkan... boleh gitu??? hehehehe....

but i like the words... maksud tersirat n tersurat bersepah2... hehehehe

SHILAZIZI said...

tau xpe...tapi dalam main2 pun still pk gak apa motif seminar ni...hrmm...yang penting dah pergi kan..hehe...