Column

Friday, November 25, 2011

Perang Nyamuk!!

Much appreciate it!!  Wah, tetiba nak speaking London nih.  Aku nak ucap terima kasih kat bos aku sebab bagi aku pelepasan untuk join kursus yang 100% outdoor ni.  Dia tahu yang PA dia ni memang lasak.  Setakat nak ber'ayu-ayu', kat ofis boleh la kan.  Kat luar, relax je dah ler.  Balik je dari JJFR Ahad malam, Isnin pepagi dah gerak pergi kursus kat Felda Residence Tekam, Jengka, Pahang.  Kiranya aku ni lepas keluar felda, masuk balik felda..Memang terbaek jugak lah kursus ni. (Suka nau aku dengan word 'memang terbaek' ni.) Kalau dah memang best, haruslah aku puji kan. Kalau dah macam harem je, nan hado aku nak puji, haruslah aku keji pulak kan. hehe...
 
Nak dijadikan cerita aku la orang pertama yang sampai kat tempat berkumpul tu.  Mana taknya, aku dah la tumpang adik aku sampai LRT, pastu naik je tren sebab aku malas nak drive.  Lama kot nak tinggalkan kereta.  Takmo la. Lagi baik tinggalkan kat rumah.  Selamat!  Ha, aku nak citer gelagat manusia dalam tren. Almaklumlah dah lama kot tak naik tren kan.  Hari-hari drive je.  Aku dah la ngantok lagi.  Aku sandar kat tiang tengah tu siap lentok.  Sempat la lelap mata.  Tetiba aku terkejut dengar orang menyanyi dengan kuatnya.  Bebetul kat telinga aku.  Nasib baik tak latah tau.  Rupanya dak tu pakai earphone, volume tahap maksima. Haruslah dia rasa macam dia dalam dunia dia sendiri je.  Nyanyi kekuat macam dalam bilik air tu.  Semua orang pandang dia.  Dia buat derk je... Lama tau dia nyanyi.  Lepas satu lagu, satu lagu lagi.. Ntah lagu apa pun aku tak tau sebab lagu tu macam lagu rock metallica tu ha, aku bukan minat rock kapak ni.  Haruslah aku tak tau kan. 
 
7.30pagi aku dah terpacak depan Cosmopoint tu.  Sempatlah tengok student keluar masuk bangunan tu.  Teringat jugak zaman belajar dulu.  Kenangan terindah kot.  Mana boleh lupa.  Sejarah wei..sejarah. Ok back to the topic, dalam bas sepanjang perjalanan tu aku tido je.  Lebih 8 kali aku tidur, terjaga, tidur, terjaga..tengok-tengok tak sampai-sampai jugak.  Rupa-rupanya dah terlajak. Sesat!! Jauh pulak tu.  Ada la dalam setengah jam.  Pastu aku tak leh tidur dah.  Sampai kat resort, masuk bilik rehat jap, terus keluar buat aktiviti.
 
1st aktiviti, OBSTACLE.  Bayangkanlah kitorang ber'obstacle' selepas hujan berhenti kat area pohon merimbun.  Haruslah berperang dengan nyamuk ye dak??  :-O surpriseSekali nyamuk mai serang tangan kitorang sorang-sorang ada la dalam 30-50 ekor.  Dah la spesis badan belang-belang. Aedes!!  Sekali tampar je kena dalam 20 ekor.  Nak buat aktiviti pun payah. Yelah, mana nak buat aktiviti, mana nak halau nyamuk lagi.  Abis aktiviti tu tengok tangan, semua bengkak-bengkak.  Tak campur dengan yang kena gigit tang muka.  Abis muka yang cun melecun ni.  Ecewah!! Perasan cun ler pleks..hehe...Lupa nak bagitau, aktiviti obstacle atau orang Melayu biasa sebut merentas halangan; kitorang buat angkat bola tenis/pingpong dengan tali, comando crawl, lepasi tali yang direntangkan.
 
 
 
Lepas abis je obstacle, kitorang main game boom-boom..sifir 3..Ala..yang kira ikut sifir 3 tu.1..2...boom!..4...5..boom! Memang best.  Yang penting, aku top 5 okay! Walaupun tak menang tapi tetap vouge kan..:) happy Ahakzz..tetiba!
 
Malam tido memang tak hengat dunia weh...Sampai esoknya aku tak sedo udah terbit matahari...terlepas senam pagi..hehe...
 
 
 

No comments: