Column

Friday, March 30, 2012

Diet Sihat 7 Hari Je

Rahsia Achik turun berat sampai 2kg dalam 3hari je...

thru fb aku...


Diet ini adalah untuk anda yang ingin menghilangkan berat badan dalam waktu singkat. Diet ini diberikan oleh salah sebuah hospital di Maryland, USA, untuk para pesakit jantung yang perlu menurunkan berat badan dengan cepat sebelum dibedah. Program 7 hari ini digunakan sekerap mungkin sesuai keperluan. Jika diamalkan secara tepat dan dijalankan secara penuh, program ini akan membersihkan sistem metabolisme yang akan membantu ketahanan tubuh dan memberikan tubuh yang segar yang sebelumnya tidak dirasakan.
Hanya dalam jangka waktu beberapa hari, anda akan merasakan tubuh anda akan menjadi lebih ringan sekurang-kurangnya 10 pounds (+/- 4 kg) dan bahkan mungkin hingga 17 pound (7.5 kg) serta memiliki lebih tenaga. Teruskan program ini selama anda inginkan dan rasakan perbezaannya.

Program ini adalah diet pembakaran lemak dan rahsianya adalah bahawa anda akan membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang anda ambil. Ini akan membersihkan sistem pengolahan dalam tubuh dan memberikan kesegaran.

Disebabkan perbezaan sistem pencernaan masing-masing, program ini akan memberikan efek yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesudah 3 hari menjalani program, maka anda akan merasakan kesegaran dan memiliki energi lebih besar dari sebelum anda mengikuti program ini, dengan syarat - *JANGAN SEKALI-KALI MELANGGAR PANTANG-LARANG!*.
Setelah beberapa hari mengikuti program ini, anda akan merasakan perubahan yang ketara terhadap perut anda. Walaupun anda masih boleh minum kopi hitam tanpa pemanis atau gula, anda pasti merasakan bahawa setelah 3 hari mengikuti program ini, keperluan anda terhadap kafein, tiada lagi.

*SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIAMBIL SEPANJANG PROGRAM*

1. ROTI / NASI

2. MINUMAN BERALKOHOL

3. MINUMAN BERGAS (COKE, SPRITE, GREEN SAND, AIR SODA, dll)

4. MINUMAN DIET (DIET COKE, dll)

5. MAKANAN YANG BERGORENG

6. GARAM DAN BAHAN PERASA


*YANG BOLEH DIAMBIL*

1. AIR PUTIH

2. KOPI HITAM TANPA PEMANIS/GULA

3. TEH TANPA PEMANIS/GULA

4. CRANBERRY JUICE

5. SUSU RENDAH KALORI - HANYA PADA HARI YANG DITETAPKAN SAJA


Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.

*Semakin banyak sup yang anda makan, semakin besar lemak anda yang terbakar*.

Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.


*SUP PEMBAKAR LEMAK*

*BAHAN-BAHAN (satu resepi)*

3-6 BAWANG BESAR BOMBAY
6 BIJI TOMATO SEGAR
1 BUNGA KOBIS
2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU
AIR

*CARA MEMBUAT*

Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.

*Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*


*HARI - 1*

Makanlah segala jenis buah KECUALI PISANG. Tembikai memiliki kandungan rendah kalori dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Makanlah hanya *sup pembakar lemak (satu resepi)* dan buah-buahan sepanjang *hari - 1* ini. Untuk minuman, boleh diambil teh tanpa gula, cranberry juice dan air putih.


*HARI - 2*

Makanlah segala jenis sayuran, baik mentah atau pun yang direbus sesuai selera. Upayakan makan sayuran hijau dan hindari sayuran berbiji seperti kacang panjang, buncis mahupun jagung. Makanlah sayuran tersebut bersama *sup pembakar lemak (satu resepi)* di atas.

Pada waktu makan malam, sebagai penghargaan terhadap komitmen anda sendiri, manjakan diri anda dengan kentang rebus. Makanlah sup pembakar lemak dan jangan mengambil buah sama sekali *hari - 2* ini.


*HARI - 3*

Kombinasikan makanan hari - 1 dan hari - 2, di hari ke - 3 ini, dan makanlah *sup pembakar lemak (satu resepi)*, buah-buahan dan sayur-sayuran.

*JIKA ANDA MENGIKUTI PROGRAM HARI KE 1 SAMPAI HARI KE 3 TANPA MELANGGAR SEDIKIT PUN, PADA HARI KE 4, ANDA SEMESTINYA TELAH KEHILANGAN +/- 3 KG*.


*HARI - 4*

Makanlah hanya pisang dan susu rendah kalori. Makanlah hingga 8 biji pisang dan minumlah susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan. Kedua jenis makanan dan minuman tersebut mengandungi karbohidrat dan kalori yang anda perlukan dan menggantikan keperluan rasa manis setelah 3 hari pertama program. *Sup pembakar lemak (setengah resepi)* tetap anda ambil sepanjang hari.


*HARI - 5*

Makanlah daging dengan tomato. Anda juga boleh memakan ikan (daging hingga 0.25 kg) tetapi boleh diganti dengan ayam panggang atau ikan rebus dan tomato segar sebanyak 6 biji sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya nya 8 gelas air putih hari ini untuk membersihkan tubuh dari uric asid. Makanlah *sup pembakar (setengah resepi)*.


*HARI - 6*

Makanlah ikan (daging - seperti hari ke 5) dan sayur-sayuran. Ambil sesuai keinginan. Anda bahkan dapat makan 2 - 3 steak hari ini TANPA KENTANG. Pastikan *sup pembakar lemak (setengah resepi)* anda ambil hari ini.


*HARI - 7*

Nasi beras merah, juice buah tanpa pemanis dan sayur-sayuran menjadi makanan anda sehari ini, berserta *sup pembakar lemak*.

*PADA HARI KE 7, SEMESTINYA ANDA TELAH KEHILANGAN +/- 6 KG. JIKA PRESTASI INI TELAH TERCAPAI, HENTIKAN PROGRAM UNTUK JANGKA WAKTU 1-2 MINGGU, DAN KEMBALILAH MENJALANI PROGRAM HINGGA BERAT BADAN IDEAL ANDA SUDAH TERCAPAI.*

SELAMAT MENCUBA!


Achik sempat bertahan hingga hari ke-3 je sebab masuk hari ke-4 je tetiba dia minta nak makan bihun goreng for breakfast.  Terkejut jugak aku sebab adik aku ni jenis sangat berdisiplin dalam bab-bab macam ni. Tak macam aku...pfffttt  Lepas lebih kurang 3 jam makan bihun goreng, dia timbang berat dia, perghh...turun 2kg! Kalau xmakan mihun goreng tu agaknya berapalah berat dia kan..hmm...

Chaiyok! Chaiyok! Achik, you can do it more than that....make it possible...

27 comments:

ainhany said...

salam dik shila,

menarik dgn perkongsian diet ni..dah cuba/?/ ada perubahan?

nak cuba mngamal dgn diet ni...doakan kak ek...

terima kasih dan salam ukhuwah

Anonymous said...

saya memang ingin turunkan berat badan terima kasih byk2 atas tips ini

Anonymous said...

hihihi.. nk try larh!!
tq for the info :D

Anna Norule said...

search pasal diet sihat..blog kak shila yg kuar..femesnya..hehe..nk try la..doakan ye=)

SHILAZIZI said...

ainhany: waalaikumussalam kak ainhany :) memang berkesan kak..Shila cuma share je sbb Shila mmg dah slim melim...hehe...adik je yg demok.Dia la jadi bahan eksperimen...alhamdulillah berjaya.

anonymous (1): good luck! yang penting, diet mesti disiplin k :)

anonymous (2): try jangan xtry!

anna norule: akak baru tau bab high ranking pasal diet ni lepas anna komen kat sini..haha...tak sangka femes.. *maluuulah! Try je, insyaAllah..adik akak dah try mmg ada perubahan.

Anonymous said...

Tq sbb share tips berkesan

Unknown said...

Salam sis,
Nice tips & blog..
Jom lawat blog saya pula..:)
http://mummydinashoppe.blogspot.com

SHILAZIZI said...

Anonymous: You are most welcome =)

Dina Syahmi: Salam dear, pasti buat kunjungan balas... =)

fiza said...

wahh.. menariksss..nak try la sup pembakar lemak tu :)

visit my blog ^_^http://osemmama.blogspot.com/

Unknown said...

AKU DA BACE.. KALAU MINUMAN BERSUSU DIBENARKAN X?

YG BENAR,

IZZA.. :D

Unknown said...

thanks a lot shila..minuman bersusu dibenarkan x ?

Unknown said...

minuman bersusu mcm dutclady blh tak dlm diet plan ni?

Anonymous said...

resipi x boleh dikurangkan ke?

SHILAZIZI said...

nurul izza: minuman bersusu boleh tapi amik yang rendah lemak (low fat)

anonymous: resipi boleh diadun ikut sendiri2...tapi kalau rasa tak berapa nak reti tu try je ikut apa yg disarankan..hehe... *peace* Selamat mencuba ye

Markas Dialektika said...

assalamualaikum kak...
1..setengah resepi utk sup cam ne??
2..hri prtama tu bleh x amek protein ckit...hehe

#tringin plak nk try ney...

Markas Dialektika said...

assalamualaikum kak...
1..setengah resepi utk sup cam ne??
2..hri prtama tu bleh x amek protein ckit...hehe

#tringin plak nk try ney...

tips diet said...

Tips diet yang berguna untuk saya amalkan.Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum. tk atas perkongsian ini. izinkan cpy maklumat ini, direnung2kan dan dicuba, In shaa Allah.

Unknown said...

bagusnya info ni...boleh cuba lpas ni...
jemput singgah blog saya juga...
www.beautyummi.blogspot.com

Anonymous said...

Diet cara ni takpyh bersenam ke? And apa mksudnya hentikan program utk jangka waktu 1-2mggu? Klau teruskan je boleh tak?

Anonymous said...

Diet ni tanpe bersenam eh? Klau lpas semggu diet nk truskan diet boleh tak?

Unknown said...

tq...sy akn try. tnpa supplement diet laen ok.lau btl sy akn post pic b4 & after

seo na yoon said...

Thanx info yg menarik ^_^

Anonymous said...

nak tanya sup tu xperlu letak garam ke??sebab garam dan bhn perasa tidak dibenarkan sepanjang program

SHILAZIZI said...

garam boleh letak tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Kalau nak berkesan, jangan letak langsung. memang akan rasa tawar sikit. yang jadi perasa adalah dari sayur dan bahan2 yg kita letak je.so far rasa sup tu ok la...tak la tawar sangat.

suzie eilah said...

Nice sharing..tq

Unknown said...

As'salam,nak tnye... apa maksud 1 resepi dan setengah resepi ni???kurang jelas....