Column

Saturday, August 4, 2012

Make Over La Sangat!!

Nak jadi model, muka tak lawo tapi asal ada part make over je, mesti gila nak tadah muka! 

Gila glamor kan? Nasib ar. Janji aku tak nyusahkan orang kan. Tengok je kat side blog aku ni, kemain lagi berposing kan.. Baru-baru ni hakak dapat join make over lagi.  Actually, tu make over untuk cari cover girl Cleo dan Metropolitan.  Aku memang awal-awal dah tau, aku tak layak tapi sebab nak feeling retis kan, orang touch up muka, jadinya, aku join la sekali..



Ambil borang, isi dan peace!





Make over time =)


Selesai make up, dapat 1 copy make up list Clinique yang amoi ni guna kat muka aku...



With my make up artist


Pose!
One & only with hijab ;)



Juri untuk Summer Girl Search by Cosmopolitan & CLEO

The winner are.....

Nina & Belle Loh! Congrats girls!

Kalau korang nak tengok muka diorang jadi cover girl, 
belilah CLEO & Cosmopolitan yang latest!





Thursday, August 2, 2012

Macam zoo bebetul je weh

Feeling jenjalan kat zoo je aku ni.. Dah la masuk free, kalau pergi zoo mesti kena bayar RM20.  Memacam binatang gak ada kat sini, cuma aku tak sempat nak jenguk semua haiwan  tu sebab kaki dah lenguh berjalan. Tengok sesikit je dah la kan. Nak tengok pepuas pun, next time je la datang lagi. Enjoy dengan piccas ni semua kay!





Exit? Eh, baru sampai je kot...



Wajah-wajah sayangkan fauna..eceehhh



Banyakkan binatang kat sini?



Tengoklah botak kat sebelah tu..huhu...



Korang tau tak ni sebenarnya kat mana?

Jeng...jeng...jeng...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sunway Lagoon!!! =)




Tatu? Haram tu!!!!

1st impression orang bila tengok orang cacah tatu kat anggota badan, "Ni mesti bukan Islam nih" Tak kiralah kat tangan ke, leher ke, muka ke, kaki sekalipun. Aku pun akan anggap camtu.  Tapi camne pulak kalau aku sendiri yang Islam ni buat tatu kat tangan dengan gaya comel camni?


Oopss..Ni bukan aku ye. =)


In the making...

Masa nak buat ni memang aku seram gak la.  Tengok je pencacah dia, aku dah kecut.  Tapi beranikan je.  Rupanya



Taraaaa....
Comel tak? comel tak?...
Comel kan..



Ha, yang ni tanda mati putus cinta kot... @_@


Aku buat benda alah ni time join event Clinique hari tu.  Tengok amoi-amoi ni buat cantik je. Lagipun, ni bukan yang permanent punya tau.  Gila korang! Nabi tak mengaku umat lak nanti aku ni tau! Untuk pengetahuan korang, ni air-brush tattoo la.  Alah, kalau sental dengan sabun mandi, hilanglah! Tu yang aku berani buat tu. Macam tatu dalam chewing gum dulu-dulu tu.  Yang main tampal je kat tangan tu. Ha, camtu la jugak yang ni. Hehe...


Wednesday, August 1, 2012

Mae Nak..Suspen Je Lebih...



Hari tu aku dapat invitation dari Churp Churp untuk #Churpremiere filem hantu legend dari Thailand, Mae Nak.  1st time aku tengok wayang time bulan Ramadan.  Rasa macam serba tak kena pun ada.  Tapi dah katanya jemputan khas kan, pergi je lah.  Bukan senang nak dapat invitation dari Churp Churp ni. =) Penat aku create cerita untuk join contest Churp Churp ni tau.


Tadaaa.... ni la hasilnya!
Thanks to Churp Churp & Rainfilm 



Q dulu untuk collect tiket

dan sebelum masuk menonton, haruslah.....


Ber'popcorn' dan fish & chip dulu =)




Bagi aku, citer ni takdelah seram mana, cuma part suspen tang hantu nak appear tu je yang buat kita rasa takut.  Filem ni terlampau banyak flash back sampai kengkadang time tengah kusyuk tengok, tetiba back to reality..Eh, eh... Macam tak berapa nak paham sangatlah.  Lagi satu, filem ni dah buat aku boleh hafal some words dalam bahasa Thai dek selalu nau diulang-ulang. Ending kira ok la. Aku bagi 3/5 untuk Mae Nak.


IM4U - 1Malaysia For Youth

SA berpeluang meninjau keadaan masa pelancaran 1Malaysia For Youth (1M4U). SA sebenarnya pergi atas kapasiti petugas event.  Dah bos suruh pergi kan, pergi ajelah.  Memang sepatutnya pergi tengah hari tapi disebabkan kat rumah ada tetamu, takkan nak tinggal gitu je kan. So, lepas guess dah balik, terus SA shoot dengan Mr. Gendut. Nasib baik jalan tak berapa sesak, gerak dari rumah kul 3.30 petang, sampai kul 4 lebih.  Sampai-sampai je terus dapat parking.  Alhamdulillah. Memang crowd betul. 

SA dapat jenjalan separuh tapak pelancaran je. Lagi setengah tak dapat pergi sebab sesak sangat.  Tu pun SA dengan partner dah berpeluh-peluh. Ni je la hasil sepanjang sejam lebih kat sana.


Dapat helmet wei..



Yang putih kat tangan tu helmet 1M4U



Ada drumline guna barang terpakai...




Ada silap mata..ada clown bagi gula-gula dan belon



Ranggi kan akak ni? Tu belakang SA tu motor dia la tu. Huh!!


Tengoklah ramai kan orang kat sini? Macam-macam aktiviti ada.

Bukan tu je aku dapat makanan dan minuman juga dari Skuad Perodua Era. Orang yang paling banyak dapat hadiah =)


Hasil tangkapan di Skuad Perodua Era
2 botol Ribena (1 dah abis di tapak kejadian)
1 foam mandi Shokubutsu Active Guard
2 pek besar Cream Cracker Hwa Tai

Memandangkan aku takde paper bag untuk masukkan hasil tangkapan ni, terpaksalah balik awal.  Gila kau! Aku kena kepit semuanya sendiri.  Gendut sibuk dengan aktiviti camwhoring dia..



WW | Ogos 2012-Minggu 1 |



Yeay! Makan free sambil beramal =)

Thank you OpenRice