Column

Friday, March 29, 2013

Kau Islam ke Cina?

Lagi sekali kena batang hidung aku...Time tu adik baru balik surau lepas solat maghrib. 

"Mak, along mana?"

"Along kat bilik air, mandi."

"Hah?? Baru mandi? Dah nak kul 8 ni. Dia tak solat ke?"

"Entah, pergi tanya kaklong sendiri" Mak malas layan budak bijak tu..hahaha...

Aku keluar je bilik air;
"Long, kamu Islam ke Cina? Solat lambat-lambat ni?" Hamek ko, sedas aku kena! Sebenarnya adik nak cakap,'ko Islam ke kafir?' tapi dia tak tau nak sebut tang kafir tu.

"Kaklong nak solat la ni, kan baru lepas mandi"

"TV tu jadi kiblat kamu ke? Boleh masuk syurga ek tengok tv?" Aku kena lagi...ni semua gara-gara Rindu Bertamu Di Abu Dhabi la ni...*salahkan drama pulak...hehe....

Aku malas layan dia, terus masuk bilik dan solat maghrib... Sendiri rasa malu pulak.. walhal aku sampai umah pun dah dekat azan maghrib, so, lepak depan tv dulu.  Then, iklan baru pergi mandi.  Sekali kena sound tepek daaa...


Nota kaki sHiLaziZi: Cerita ni bukan untuk tunjuk kehebatan adik ke apa, it just as cerita teladan dan sempadan untuk kita semua ambil iktibar.  Budak kecik pun boleh fikir baik buruk, inikan pulak orang dewasa macam kita kan.. Sekurang-kurangnya aku tak jaja citer orang lain kat sini :)

2 comments:

Unknown said...

sekali tajamlah ayat dia haha

jttp://www.suterablogger.com

SHILAZIZI said...

Bean Moreno: sangat! Menusuk ke sanubari tuuu...bebudak sekarang kan...