Column

Wednesday, September 9, 2015

Hadiah Kenduri Kahwin Paling Rare

Hari Ketiga kami di Perlis bersamaan hari terakhir kami di sini.  Time untuk jamah nasi kenduri la pulak.  Thank Ned, jemput SA ke kenduri kahwinmu.  Kawan SA ni kerja di Langkawi tapi kampungnya di Perlis.  So, merasalah SA ke kenduri di hujung utara Malaysia kali ni.  Nak cari rumah Ned memang senang.  

Okay, now, jom cerita pasal makanan pulak.  Iols memang suka makan. Hehe... Lauk kenduri Ned memang rare.  Nasi putih, sup tulang berempah yang super sedap, ayam masak merah dan kerabu mangga.  Air sirap oren.  Selalu kenduri orang hidang nasi minyak kan, kali ni tak ada nasi minyak.  Yang ada makan ala-ala kedai tomyam je.  Tapi semua super delicious hingga menjilat jari! Kenduri SA dulu berangan nak buat menu nasi lemak ayam panggang...tapi tak kesampaian...huhu...

Malas nak cerita banyak, let's the picture tell you the story...

Cikunit yang happy!

Ned, si Pengantin yang cantik

Umpama di kayangan

Mama teruja tengok bilik pengantin yang super cantekkk ini

 Korang tau tak hadiah apa yang kami dapat sebelum balik?  Alah, yang goodie bag selalu tuan rumah bagi tetamu tu. Ada sesetengah orang panggil 'berkat'.  Setiap sorang daripada kitorang dapat perfume Hugo Boss dan minyak gamat.  Rare kan?  Dah la makan sedap, goodies pun wallah! Best sesangat.  Thank you Ned and family.  Memang peramah sungguh orang Perlis ni. 


Sebelum balik, abadikan foto di sini
Diorang hantar kami sampai depan laman rumah.  Dah macam kami ni part of their family pulak.  Apa pun, Selamat Pengantin Baru Ned...Semoga dapat baby yang comel dan cantik macam mamanya.

On the way balik, kitorang singgah Penang sebab nak bagi mama dan adik rasa lalu kat Jambatan Pulau Pinang tu.  Memula ingat nak lalu yang baru tapi memandangkan jambatan tu terlalu panjang dan tol pun boleh buat mulut nak menyumpah, terus cancel...Lalu je kat jambatan pertama.  Sempat pergi makan pasemboq kat Gurney Drive dan ke masjid terapung di Batu Feringghi.  Actually, masjid tu di Batu Feringghi ke Tanjung Bungah? Eh, tak kisahlah.  Janji lerah tu jugak.  Malam tu lepas melepaskan lelah di Penang, terus gerak balik Kolumpo dengan hati yang puas.  Terima kasih awak, bawa saya jenjalan.  Dan....bajet sebenar untuk trip kali ni HANYALAH RM1600 je.



Nota kaki sHiLaZiZi: Tak sabar nak holiday lagi!

No comments: