Column

Tuesday, September 29, 2015

Makan-makan: Pavlova Sedap!

Sebelum Raya Haji hari tu, teringin sangat nak makan pavlova sedap.  Nak order kat kengkawan bakers lain, takut lambat pulak.  Ni dah nak raya ni.  Nasib baik ada officemate yang kaki bakers.  Ala-ala chef gitu.  Kenapa SA kata gitu? Sebab kawan SA ni lelaki.  Abang Mie namanya.  Harga pun berpatutan.  Puncanya masa mengandungkan Aisyah, member ni bagi SA rasa pavlova Abang Mie buat.  Memang terbaik!  

Bila minta dia buatkan, nasib baik dia nak buatkan.  Walaupun lagi 2 hari nak raya dah.

Mangga atas tuh punyalah manis..best sangat

Potion pun besar. RM40 je.  Murah kan.  Besar pinggan makan tu wei.  Separuh share dengan officemates, separuh bawa balik bagi Gendut makan.  Aisyah pun suka sangat sampai minta nak lagi.  Tapi tak boleh bagi banyak budak kecik tu.  Tolak batu dengan kayu je.  Haha...

Nota kaki sHiLaZiZi: Memacam tekak ni...semua nak makan.  Nasib baik Gendut layankan je.  Korang jangan fikir memacam ek, tak ada apa pun.  Saje peel ngengada.

No comments: