Column

Wednesday, September 2, 2015

Ribut oh Ribut!

Tak kusangka, SA menjadi pilihan sang ribut petang semalam. Baru first time join team volleyball training, jadi pulak benda ni...padanlah rasa tak sedap hati. Bila ribut mengganas, angin kuat bertiup, pokok bergoyang, dahan pun patah...terus tuju windscreen kereta SA. Ha, epik tak starting citer?? Tapi inilah kenyataan...

Even dahan tak besar mana cuma sebesar lengan SA je tapi kesan tujahan tu mampu memecahkan cermin belakang dan hampir sampai ke cermin depan dahan pokok tu. MasyaAllah! Terkesima jap bila tengok cermin kereta pecah.. Tu pun dengar kawan-kawan cakap, 'Shila, kereta ko kan 2725?'. SA angguk je. Pastu dorang cakap, 'Cermin belakang pecah, dahan patah masuk dalam kereta'. Terus terkujat SA kat situ. Tak tunggu lama, terus lari dalam hujan tuju ke kereta. Tergamam.

Retak seribu
Nasib baiklah SA belum masuk dalam kereta lagi time tu. Kalau tak memang arwah agaknya. Paling koman pun dok icu. Sebab dahan tu menghala ke arah kepala di seat pemandu. Alhamdulillah.

 Close up: Besar tak lubangnya?

Nasib bantal Aisyah banyak kat seat belakang ni.  So, tak adalah basah kerusi tu kena air hujan. Bantal je basah sikit.

Start enjin, terus balik rumah. On the way tu nak lalu ikut laluan ofis sebab shortcut plus tak jem. Ada MP kat gate ofis pandang je tapi lidahku kelu nak berkata-kata, jawabnya, SA pun pandanglah balik ke dia dengan pandangan yang blur. Kesian dia. Sampai je kat rumah, park tepi jalan dan tak ada pokok okay. Line clear kat situ, cuma jalan agak sempit. Dah la parking kat rumah tak berbumbung. Cuak. Nasib baik si suami ada, tolong cover cermin tu dengan windshield. Ditindihnya dengan segala mak nenek bantal Aisyah. Penuh kaca dalam carseat Aisyah. Sampai ke seat depan kaca berterabur. Punyalah kuat impact tu.

Bila mood dah ke lautan hindi, si suami cuba ceriakan keadaan, dia masakkan aku sandwich chachacha...alhamdulillah, sedap! Memang SA membisu sepanjang malam sampai nak tidur berairmata. Sedih! Apapun, terima kasih awak tenangkan saya. Aisyah jugak. Thanks sayang for being a good girl last night. Macam tau je mak dia sedih. Membebel2 dia sensorang. Nak pujuk mak agaknya.


Nota kaki sHiLaZiZi: Di saat berduka baru kita tau siapa sebenarnya yang benar-benar ikhlas dengan kita. Terima kasih buat si suami, anak, mak, abah dan adikku. Kalian sangat berharga buatku.

No comments: