Column

Friday, October 16, 2015

Bapa Mithali

Kisahnya masa cuti Awal Muharram bebaru ni, SA ke rumah Cigumokbambam, anak angkat SA tu. Rindu pulak kat dia.  Sesampai je kat rumahnya, kemain terus melekat kat Babahnya.  Gendut memang sayang budak-budak.  Adik-adik SA pun suka dengan dia sebab perangai dia pun macam bebudak jugak.  Haha...



Tengoklah tu, kemain berkepit dengan Babah.  Yang kecik si michelin pun naik sama.  Baru 2bulan tapi diapers dah saiz XL ko!  Yang si Aisyah pulak jenis tak kisah.  Kalau ada kakak Amani dekat dengan Babah dia, memang dia mengalah je sebab nak main mainan kakaknya tu.  Haha...pandai tak?Sebab balik rumah sendiri tak dapat mainan bebanyak tu.  Kat rumah kerjanya main periuk belanga maknya je tak pun belek buku.


Punyalah mengadap anak-anaknya ni, sampai terlelap Babah.  SA amik kesempatan snap gambo bapa mithali ni tidur.  Hehe.... Kepenatan la tu, layan kerenah anak.  Udah ler dedua badan kemain semangat.  Nasib baik Aisyah buat hal sendiri je.  


Nota kaki sHiLaZiZi: Bila anak makin membesar, memang seronok tengok karenah diorang.

No comments: