Column

Monday, October 19, 2015

Nak Fridge Magnet Tuuuuu

Budak ini akan buat maknya rindu esok lusa.  SA kena pergi kursus nun di Temerloh.  Terpaksa tinggalkan buah hatiku ini.  Tengoklah perangai dia.  Semenjak dah menjangkau 10 bulan ni, memacam perangai bertambah.  


Tengoklah tu, cermin kat kabinet tv tu jadi kawan baik dia dah.  Termasuk jam loceng di tangan tu. Pantang tengok cermin, mulalah senyum-senyum sendiri.  Aisyah memang suka bergambar.  Maknya yang ajar.  Hehe.... Alhamdulillah sepanjang 10 bulan ni, dia memang tak banyak karenah.  Nak jaga pun senang.  


Tau aje maknya nak snap gambar dia.  Lajunya pusing kepala pandang kamera.  Mulut kemain meriah.  Tapi dia cepat bosan dengan sesatu benda.  Dah puas main jam loceng tu, dia menuju ke dapur pulak.  Almaklumlah, rumah kecil je.  Dapur dengan ruang tamu bercantum sekali.  Senang sangat dia nak access ke dapur.  Huhu... Selain mengerjakan rak periuk belanga maknya, ..........




Tu dia!  Peti ais SA kecil aje.  So, segala mak neka fridge magnet terpaksa dinaikkan ke tahap tertinggi.  Ecewah!  Tengoklah anak dara ni, dia akan usaha sampai dapat.  Semoga sikap awak ini sampai besar la ye dik.  :)



Punyalah berusaha sampai bergerak alas kaki tu.



Udah SA betulkan alas kaki tu, eh, dia nak jugak gapai sampai menjengket.  



Dan akhirnya......yes! Aisyah berjaya.  


Nota kaki sHiLaZiZi: Aisyah macam tetau je nak kena tinggal esok lusa, kemain manja dengan SA.  Tak nak berenggang!


No comments: