Column

Wednesday, November 25, 2015

Aisyah Picit-Picit Ikan kat Oceanarium

Excited nak pergi Melaka sebab nak ke Sky Tower dan Oceanarium! Lebih kurang macam Aquaria KLCC tu la.  Bezanya kat sini, hidupan lautnya ada yang boleh disentuh dengan tangan.  Bukan Aisyah je yang excited, mak babahnya pun excited jugak! Hihi...


Korang tengok Magic Aquarium ni.  Kenapa diorang kata magic? Sebab, ada lubang yang dibuat khas untuk ikan keluar dan kita boleh sentuh.  Bila bagi Aisyah sentuh air, baru sentuh air je tau.  Kemain suka.  Siap tepuk air tu, merecik kena maknya.  Time ikan keluar, sempat disambarnya ikan tu, dipicitnya!  SA risau ikan tu tak bernyawa je dikerjakan dek Cikunit sorang ni.



Aisyah suka tengok ikan rupanya.  Bila dibagi berdiri kat akuarium tu, ditolaknya tangan babah dia. Nak berdiri sendiri.  Confident tau kamu ni dik!  Sampai mencangkung nengok ikan lalu-lalang.



Budak kecik yang perasan besar! Taknak dipegang.  Bergambar pun tak dilayan dah.  Nak jalan sendiri.  Explore keliling akuarium tu.



Banyak tempat bergambar yang cecantik dalam ni.  Rugi kalau tak ambil gambar tau! Bergambar dalam ni dibenarkan dengan syarat tak buka flash dan tak ambil video.  Tapi kalau ada yang amik video, sape tau ye dak??


Aisyah buat muka dah.  Dia nak berjalan, mak babah tak larat nak kejar kamu dah dik ooi... Entah ke mana hala je jalannya, sesilap masuk dalam akuarium yang terbuka tu nanti.  Lagi naya....





Bila dia dah takmo duduk, memang gitulah gayanya...pening mak dik, pening....


Sebelum keluar, jom kita bergambar di kampung penyu!  Bukan ada replika penyu je tau, memang ada penyu bebetul dalam kolam!



Kiranya berbaloi la perjalanan kami ke Melaka kali ni.  Dapat pergi tempat-tempat tarikan baru kat Melaka.  Aisyah pun dapat jenjalan sama sebab mak bapaknya kaki jalan.  Hehe...

Notakaki Shilazizi: Planning for the next trip..Tak tau lagi nak ke mana...Selalunya main redah je...hehe...

No comments: