Column

Friday, November 13, 2015

Buat Macam Rumah Sendiri

Bila dah diajar supaya bercampur dengan crowd, rasa takut tu makin hilang. Bila dibawa ke majlis, dibuatnya macam majlis dia.  Ke hulu, ke hilir.  Tak reti dok diam.  Sikitpun tak takut orang keliling. Poning mak eh...


On the way ke rumah bos abah, Aisyah ketiduran.  Penat sangat agaknya main dengan sepupu-sepupunya yang datang ke rumah petang tu.  Sanggup tahan mata nak main punya pasal.  Terlentok kat peha babah.  





Sampai kat majlis pun masih tidur lagi.  Lena sungguh.  Tak sedar even hujan lebat kat luar tu.  Tapi siaplah bila dia bangun.





Tu dia! Dah bangun, mata membulat.  Riki kawasan dulu.  Jap lagi nak sukat jalan bak kata opah.  SA terpegun tengok comel pulak Aisyah pakai gaun ni.  Baju ni bos SA yang bagi time naik ofis lepas cuti bersalin hari tu.  Lantaklah orang nak kata apa, SA tetap nak kata anak sendiri comel..alah, semua mak-mak pun sama.  Mesti kata anak sendiri comel. Haha..

  


Bila dah lepas bebas dari Babah... bola si Derek, dibuat macam bola sendiri.  Seluruh foyer dia jelajah.  Dah la foyer tu luas.  Penat maknya kejar.


Excited dia tengok air mengalir kat dinding tu sampai statik terus kat situ.

  
Bola pun nak main, belon pun nak jugak.  Nasib baik dia tak pandai picit belon tu.

Suka Aisyah tengok air mengalir tu. Yang penting, bola tetap tak lepas dari tangan.

Love you Aisyah...eh?

Tengok tu! Buat macam rumah dia je.  Risau je dia terjatuh kat kolam bawah jambatan tu. Basah pulak la bajunya nanti...

Tinjau dik....tinjau!



Part ni SA terkejut.  Dia jalan terus tuju cermin.  Pastu tetiba cium muka sendiri.  Hadoi!  Bila ditanya, kenapa kiss? Senyum je dia.  Dia ingat ada budak lain kot dalam cermin tu.  Tak taunya, dia jugaklah dalam tu.  Hahaha...





Mata tu nampak je maknya amik gambo.  Mak tak larat kejar dah, pass baton kat babah pulak. Alahai anak.


Notakaki Shilazizi:  Suka tengok orang dressup anak kat Instagram.  Ter'inspired' pulak.

No comments: