Column

Tuesday, November 3, 2015

Siakap Stim Limau Terbaik!

SA join 1 contest kat FB.  Share & Tag.  Rezeki family SA.  SA menang pulak.  Dah la check midnight.  Tetiba teringat nak check.


Eh eh, tengok nama SA ada.  Terus PM page dorang.  Dapatlah dinner FREE kat Restoran Nuur. Yeay! Alhamdulillah.


Gambar menu je sebab hujan lebat tak dapat nak snap gambar depan kedai. Huhu...



Dalam hujan SA pergi dengan family ke restoran ni.  Dari Hulu Langat ke Taman Puncak Jalil, adalah 45 minit.  Semangat ni nak nikmati makan freeeee....  Sampai je kat restoran, mak SA tanya kat waiter tu sama ada halal ke tidak sebab tengok memasing cakap Siam..Hehe... risau dah dia sebab sebelum ni SA pernah bawa mak makan kat 1 restoran Thai ni.  Dah habis makan baru teringat nak tanya, sekali staf cakap, owner Cina Siam.  Allah!  Terdiam SA dengan mak time tu.  Tu yang risau pisang berbuah 2 kali tu.  Nasib baik kali ni, Restoran Nuur ni pemiliknya beragama Islam.  Confirm Halal!  Tiada was-was lagi. :)


Promosi 1 Okt - 1 Nov 2015
Murah Giler!!! Berbaloi-baloi

Inilah pakej yang SA menang tu.  Kalau nak dikira sesatu memang cecah RM50 juga rasanya ni. Macam biasa, korang tengok-tengok dulu menu kat bawah ni ye.. hehe....


Macam-macam ada

Actually, tuan punya restoran ni ada sediakan makanan western juga selain makanan thai tapi Yen's Steaks & Grill ni letak bersebelahan je dengan Restoran Nuur.  So, pelanggan ada pelbagai pilihan makanan kalau datang reramai.  Nak makan masakan Thai boleh, western pun boleh order sekali tau.

Next time, SA cuba menu western ni pulak ye.  


Western Food pun ada

Kebetulan 1 November, birthday adik SA yang bongsu, so, sempena nak meraikan dia, bawa dia sekali makan free... Untunglah dik, sefamily makan free di hari jadimu.  Yang diraikan tiada dalam gambar.  Dia dok sebelah mak SA tu, kamera tak capture..hehe...
Adik bujang SA yang snap gambar ni...ngeleto tangan katanya...haha....
Tu yang bergegar ni...
 Taraaaa...ni menu yang kami nikmati malam itu dikala hujan lebat.... :)


Siakap Stim Limau
SA suka sos deme ni.  Sedap gila! Ikan tak hanyir.  Bersih pulak tu.  Cuma agak pedaslah.  SA okay je bab pedas-pedas ni sebab memang gila makan pedas tapi kesian kat mak SA, dia tak tahan pedas. Sedap punya pasal, balun jugak ler.. :)  


Tomyam Campur

Tomyam campur ni memang heaven.  Pedas, manis, masam semua secukup rasa je.  Sedap giler. Isinya ada sotong, ayam dan udang.  Kuah yang pekat.  Memang terasa keaslian masakan Thai tu. Teringat pulak masa kat Phuket dulu.  Sama!  Yang tak best, dalam gambar presentation lain, tapi sampai kat meja jadi lain!  Dapat dalam mangkuk je :( 


Nasi Putih
Nasi putih dihidangkan dalam mangkuk besar.  So, tak risau membazirkan.  Macam makan kat rumah je gayanya. :) Adik SA kata dah macam makan kat Hadyai. Haha...


Daging Masak Merah

Daging lembu yang lembut, sos sesedap rasa.  Mak dan adik-adik SA suka sangat.  Manis dan tak berapa pedas.

Kailan ikan masin yang dijanjikan dalam menu SA tak dapat.  Tetau yang sampai kangkung goreng belacan.  Tapi SA tak sempat nak snap gambar sebabnya menu ni sampai agak lambat.  Walaupun menu bertukar tanpa diberitahu awal tapi rasanya tetap sedap.  Kangkungnya tak masak layu, sedap je kunyah.  Crunchy.  Hehe... Mungkin restoran boleh baiki part ni dengan inform customer lebih awal. Supaya customer tak terkejut.  Jangan disebabkan bagi makan free, pemenang dilayan sesuka hati. Ikut suka je nak bagi menu apa.  Sedih gak la part ni.  

Sirap Selasih

Jarang ada restoran yang menghidangkan menu minuman, sirap selasih ni.  Terasa bagai di bulan Ramadan pulak.  Hehe... SA suka air ni sebab tak manis. Setakat manis buah je.  Okaylah.  Kalau uols nak manis, boleh request.


Susun atur dalam kedai pun dah macam kat Siam nun...

Ada lagi... Kitorang makan otak-otak.  Sedapnyaaaaa....Terasa ikannya...dan...tak tau nak cakap apa lagi, sedap sangat.

Baru nampak muka birthday boy!
HAPPY 11th BIRTHDAY AMER!
Credit: Restoran Nuur

Terima kasih RESTORAN NUUR belanja kami sekeluarga.  Sedap semua makanannya.  Next time, boleh belanja western pulak..hehe...

Keseluruhan, SA bagi 7/10.

Korang yang gemar makanan Thai or tinggal dekat Puchong/Seri Kembangan/Bukit Jalil, boleh cuba makanan Thai kat sini.  Confirm tak menyesal!


Nota kaki sHiLaZiZi: Babah & atok jaga Aisyah kat rumah sebab memasing nak tengok Gegar Vaganza 2. Hehe...

No comments: